Kaunter JPN mula sesak, orang ramai tukar cip MyKad

Kaunter JPN mula sesak, orang ramai tukar cip MyKad

Kaunter kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini mula 'sesak' seawal pukul 8 pagi tadi - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kaunter kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini mula ‘sesak’ seawal pukul 8 pagi tadi bagi membuat penukaran cip MyKad secara percuma.

Is susulan pengumuman kerajaan yang menetapkan agihan subsidi bahan api, BUDI95 menerusi pengesahan MyKad yang akan mula berkuatkuasa akhir bulan ini.

Tinjauan di Ibu Pejabat JPN Putrajaya mendapati, orang ramai mula beratur bagi mendapatkan tiket giliran seawal 8 pagi dan setakat pukul 9 pagi tadi, sebanyak 100 unit gantian MyKad telah diterima orang ramai.

Rata-rata orang awam yang ditemui membuat pertukaran MyKad kerana cip rosak, patah dan beberapa kerosakan lain.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan penukaran cip MyKad rosak secara percuma mulai 23 September hingga 7 Oktober 2025 di semua kaunter JPN.

Langkah ini memastikan rakyat dapat menikmati subsidi BUDI95 tanpa gangguan akibat masalah teknikal pada MyKad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN