BUTTERWORTH : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya menggagalkan satu cubaan membawa masuk dua buah kontena yang mengandungi sisa pepejal perbandaran atau ‘municipal waste’ di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, 23 Ogos lalu. Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, susulan penahanan kontena tersebut, dua lelaki warga tempatan berusia 40 dan 50-an yang dipercayai pemilik kontena terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan. “Hasil pemeriksaan menyeluruh mendapati,…