Kapal utama Global Sumud Flotilla alami kerosakan

Kapal utama Global Sumud Flotilla alami kerosakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah kapal utama yang terlibat dalam misi pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kerosakan mekanikal ketika peserta bersiap sedia untuk menuju ke Gaza dari Crete, di kepulauan Greece.  

Menerusi kenyataan rasmi dalam Facebook, GSF berkata, semua peserta dalam kapal terlibat yang dikenali sebagai Family Boat itu dipindahkan dengan selamat ke bot lain. 

Katanya, pemindahan itu turut melibatkan pakar pelayaran, komunikasi dan penyelaras diplomatik bagi memastikan misi dapat diteruskan.

“Pusat operasi flotilla masih berfungsi. Semangat Sumud yang mengiringi kami sama sekali tidak akan menggagalkan misi ini walaupun berdepan kerosakan mekanikal, cuaca buruk dan gangguan lain. 

“Kami akan terus berlayar, teguh pendirian dan komitmen tidak berbelah bahagi terhadap rakyat Palestin,” katanya.   

Pada 8 September lalu, GSF mengesahkan Family Boat yang membawa Ahli Jawatankuasa Pemandunya diserang dron milik Israel di perairan Tunisia sehingga berlaku kebakaran.

Kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada geladak utama kapal dan ruang simpanan di bawah geladak. Bagaimanapun, kesemua enam penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×