LANGKAWI: Malaysia digesa untuk menghentikan segera aktiviti mengimport sisa plastik dari luar yang dikaburi di bawah alasan kitaran ekonomi kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada alam sekitar negara. Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu juga penting kerana isu pencemaran plastik didapati semakin serius selain boleh memberi kesan terhadap kesihatan rakyat. “Dari segi pencemaran, kita ingat pakai plastik itu mudah, tetapi…