Kajian CBA nilai kesan perjanjian ART Malaysia-AS

Kajian CBA nilai kesan perjanjian ART Malaysia-AS

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melaksanakan kajian Analisis Faedah Kos (CBA) bagi menilai kesan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perjanjian berkenaan masih belum berkuat kuasa kerana belum diratifikasi oleh kedua-dua pihak.

“Kajian CBA itu dilaksanakan bagi menilai potensi kesan ART terhadap pertumbuhan ekonomi negara serta implikasinya ke atas kelangsungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan AS.

“Sebarang komitmen di bawah ART akan dipertimbangkan secara berhati-hati dengan mengambil kira kepentingan industri tempatan di samping memastikan kelangsungan aliran perdagangan serta mengekalkan keyakinan pelabur yang mampan dalam jangka panjang,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) berhubung pendirian kerajaan sama ada perjanjian ART Malaysia-AS yang telah ditandatangani akan dirundingkan semula.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN