Jalan Burma ditutup gara-gara mendapan berbahaya

Jalan Burma ditutup gara-gara mendapan berbahaya

Mendapan jalan yang agak besar berlaku di Jalan Burma, George Town, Pulau Pinang hari ini sehingga memaksa jalan tersebut ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pembaikan segera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Satu mendapan yang agak besar dilaporkan telah berlaku di Jalan Burma yang terletak di simpang masuk ke Jalan Transfer di sini, pagi tadi.

Sehubungan itu, kedua-dua arah laluan dari Jalan Penang iaitu dari arah Komtar dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menghala ke Jalan Burma terpaksa ditutup sepenuhnya untuk kerja-kerja pembaikan segera.

Jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan, bagi melancarkan kerja-kerja tersebut, anggota warden trafik bersama polis trafik telah ditempatkan di lokasi untuk mengawal aliran lalu lintas.

“Jalan ini terpaksa ditutup buat sementara waktu kerana mendapan jalan yang berlaku ini agak berbahaya kepada pengguna jalan raya ini.

“Sebagai alternatif untuk melancarkan pergerakan trafik pula, semua kenderaan dari Jalan Penang akan dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh kerja-kerja pembaikan dijalankan,” katanya di sini, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan para pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan masing-masing dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi mengelak kesesakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN