SEREMBAN : Kelewatan penyaluran ganjaran kepada atlet paralimpik negara selepas setahun meraih pingat di Sukan Paralimpik Paris 2024 membuka ruang untuk penambahbaikan dari segi tadbir urus penajaan sukan pada masa hadapan. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan isu berkenaan bukan melibatkan salah laku tatatertib, sebaliknya kelemahan struktur penyaluran yang perlu diperbaiki agar tidak berulang. “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyatakan perkara ini adalah isu governance. Sebab itu saya…










