Istiadat pernikahan Raja Muda Selangor pada 2 Oktober

Istiadat pernikahan Raja Muda Selangor pada 2 Oktober

Tengku Amir Shah Sultan Saharafuddin Idris Shah bersama bakal pasangannya, Afzaa Fadini Abdul Aziz.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Muda Se­langor, Tengku Amir Shah Sultan Saharafuddin Idris Shah akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang pada 2 Oktober ini.

Setiausaha Sulit Sultan Se­langor, Datuk Mohammad Munir Bani berkata, Sultan Sela­ngor berkenan memaklumkan kepada sekalian rakyat negeri Selangor berhubung istiadat pernikahan tersebut.

Katanya, Istiadat Persandi­ngan Diraja dan Majlis Santapan Diraja bagi memuliakan Istiadat Perkahwinan Diraja Raja Muda Selangor akan diadakan di Ba­lairung Seri dan Balai Santapa­n Diraja, Istana Alam Shah pada 22 Oktober.

“Sehubungan dengan itu, satu majlis bacaan Yasin dan doa selamat akan diadakan pada 25 September bersamaan 3 Rabi’ul Akhir 1447H di seluruh masjid di negeri Selangor yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi memohon doa semoga Istiadat Perkahwinan dan Majlis yang dirancang akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna serta mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.

“Pada tarikh berkenaan juga, Sultan Selangor dan Raja Muda Selangor turut berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Ne­geri) di Shah Alam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN