Pendakwaan, peguam mula memasuki dewan mahkamah

Inkues Zara Qairina: Pendakwaan, peguam mula memasuki dewan mahkamah

KOMPLEKS MAHKAMAH KOTA KINABALU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Barisan pendakwaan yang terlibat dalam inkues pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir telah memasuk dewan Mahkamah Koroner.

Turut dilihat mengisi ruang di bahagian hadapan mahkamah ialah peguam bela, Ram Singh mewakili salah daripada lima remaja yang sebelum ini didakwa terbabit dalam kes buli Allahyarham Zara Qairina.

Peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat juga telah memasuki dewan mahkamah.

Bagaimanapun, wanita terbabit masih belum kelihatan.

Pada pagi ini, difahamkan prosiding akan bermula dengan permohonan peguam-peguam dan Persatuan Guaman Sabah (SLS) untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues tersebut.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Duncan Sikodol membatalkan perintah Mahkamah Koroner terdahulu yang membenarkan pihak-pihak tersebut menjadi pihak berkepentingan.

Dalam keputusan terdahulu, Koroner Azreena Aziz membenarkan permohonan peguam keluarga, tertuduh dan SLS diterima sebagai pihak berkepentingan dan diberikan akses kepada dokumen kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN