PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan pembangunan semula Kampung Sungai Baru akan mengekalkan pemilikan orang Melayu dengan hartanah yang mampu dimiliki. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, ketetapan itu juga telah dijelaskan berulang kali sebelum ini termasuk di Dewan Rakyat dengan mengambil kira garis panduan di bawah Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267). Katanya, berdasarkan garis panduan tersebut ia sudah cukup jelas dalam memastikan…