GSF kini 463 batu nautika dari wilayah pengepungan Israel

GSF kini 463 batu nautika dari wilayah pengepungan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Semenanjung Gaza kini berada kira-kira 463 batu nautika dari wilayah pengepungan  rejim Zionis Israel.

GSF berkata, semua kapal kini menyambung semula pelayaran mereka selepas berhenti seketika ekoran masalak teknikal.

Katanya, flotilla itu dijangka tiba dalam tempoh empat hingga tujuh hari lagi.

“Dalam masa beberapa hari, flotilla akan memasuki zon berisiko tinggi dan ketika ini, kewaspadaan serta solidariti global amat diperlukan,” katanya dalam hantaran platform X semalam.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Antarabangsa Untuk Menamatkan Kepungan ke atas Gaza berkata, 10 kapal awam yang membentuk satu flotilla telah berlepas dari pelabuhan San Giovanni Li Cuti di bandar Catania, Sicily, menuju ke Gaza.

Pelayaran GSF yang membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dijadual tiba di perairan Gaza pada hujung bulan ini. 

Semua 34 sukarelawan Malaysia berada di bawah panji Sumud Nusantara dengan diterajui Muhammad Nadir Al-Nur.

Mengulas isu sama, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kerajaan memberi jaminan keselamatan 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ke Gaza.

Katanya, dalam tempoh beberapa hari ini, kebanyakan daripada 47 buah bot itu, dijangka memasuki zon kuning berhampiran perairan Gaza yang berisiko tinggi berdepan gangguan tentera Israel.

“Berdasarkan sejarah, semua bot yang cuba masuk ke Gaza sebelum ini diganggu dan akhirnya berlaku interception (pintasan) dalam zon merah. 

“Sebelum ini, sudah berlaku insiden di kapal Alma dan beberapa insiden lain. Jadi kali ini, kita menjangka gangguan boleh berlaku lebih awal di zon kuning,” katanya kepada pemberita ketika melawat Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC), di sini semalam.

Katanya, kerajaan melalui Wisma Putra akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa kepada keluarga serta media mengenai keselamatan peserta misi tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×