KANGAR: Pelantikan Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Perlis yang baharu dapat meredakan dan mengharmonikan keadaan dalaman parti itu di negeri ini. Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, pelantikan tersebut juga dapat memberi peluang kepada beliau bersama Ahmad untuk lebih fokus terhadap bidang tugas masing-masing. Katanya, beliau akan lebih menumpukan kepada pentadbiran kerajaan negeri manakala Ahmad pula menguruskan parti. “Pesuruhjaya baharu ini adalah ilmuan agama hebat…