KUALA LUMPUR: Fesyen pantas atau fast fashion dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama peningkatan sisa tekstil di ibu negara. Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif berkata, perubahan trend fesyen yang terlalu cepat telah mendorong orang ramai, khususnya golongan muda, untuk membeli pakaian baharu secara kerap. “Sekarang ini fesyen bergerak terlalu pantas. Apabila gaya baharu muncul, golongan muda membeli pakaian baharu. Kita semua perlu memainkan peranan menjaga…