Dua ditemukan mati tergantung - Utusan Malaysia

Dua ditemukan mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua termasuk seorang wanita ditemukan mati tergantung dalam kejadian berasingan di jambatan Jalan Silibin dan Lorong Istana, Bandar Ipoh Raya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian pada pukul 3.41 pagi itu membabitkan seorang lelaki berusia 40 tahun yang menggantung diri di jambatan Jalan Silibin.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh lelaki terbabit mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah atau kesan ‘foul play’.

“Berdasarkan keterangan isteri lelaki tersebut, mangsa telah beberapa kali membuat cubaan untuk membunuh diri tetapi sempat dihalang oleh wanita itu.

“Malah, sebelum mayat mangsa ditemui, isterinya ada membuat laporan polis berhubung kehilangan lelaki itu sebelum dia dijumpai mati oleh orang awam di lokasi kejadian sejam kemudian,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian kedua di Lorong Istana pula membabitkan seorang wanita warga emas berusia 80 tahun yang menggantung diri di tangga rumah.

Katanya, sepasukan anggota segera ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 2.47 petang.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan pada pukul 3.30 petang.

“Siasatan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan unsur jenayah. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN