‘Datuk John’ dijangka hadapi enam pertuduhan, tujuh lagi bebas jaminan polis

‘Datuk John’ dijangka hadapi enam pertuduhan, tujuh lagi bebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan yang dipercayai menjadi ketua sindiket penyeludupan minyak masak peket ke Thailand disambung reman manakala tujuh lagi individu termasuk anggota penguatkuasa dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka dibebaskan hari ini selepas tamat tempoh tahanan reman tamat.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Kelantan, Azman Ismail berkata, setakat ini ketua sindiket dikenali ‘Datuk John’ yang berusia 28 tahun disambung reman.

“Datuk John dijangka dituduh Rabu ini atas enam pertuduhan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azman memberitahu, sindiket didalangi Datuk John dipercayai menyeludup minyak masak peket ke Thailand melalui dua laluan, iaitu menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Katanya, bagi kuantiti minyak masak paket yang banyak, sindiket itu menggunakan laluan pangkalan haram manakala untuk kuantiti kecil, penyeludupan dilakukan menggunakan kenderaan mewah melalui ICQS.

“Kenderaan mewah berkenaan dipandu oleh anggota penguatkuasa berkenaan bagi memudahkan perjalanan. Siasatan turut mendapati ‘Datuk John’ dipercayai mengambil bekalan minyak masak peket dari Negeri Sembilan dan Selangor sebelum dibawa nasuk ke negara jiran,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN