KUALA NERUS: Pelaksanaan hari kedua inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) hari ini menyaksikan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mula menikmati kemudahan tersebut di seluruh negara. Tinjauan di beberapa stesen minyak sekitar Kuala Nerus mendapati, keadaan berjalan lancar tanpa kesesakan luar biasa walaupun hari ini giliran penerima STR mula menggunakannya. Mohd. Khairul Azhar, 38, berkata, proses mengisi minyak menggunakan MyKad yang didaftarkan sebagai penerima STR sangat mudah dan tidak…










