KUALA LUMPUR: Pelaksanaan awal subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) kepada anggota tentera bermula hari ini lancar dengan rata-rata daripada menyifatkan proses penebusan mudah dan cepat. Ketua Sekolah Pengangkutan, Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Zarith Ruslan, 30, berkata, beliau hanya perlu menyerahkan kad pengenalan di kaunter stesen minyak untuk menikmati harga subsidi RON95. “Proses pengisian tidak sampai seminit untuk diselesaikan. Sebelum ini saya membelanjakan RM5 setiap kali mengisi…