Bila suami sediakan keperluan keluarga, Allah buka banyak pintu rezeki - Anzalna - Utusan Malaysia

Bila suami sediakan keperluan keluarga, Allah buka banyak pintu rezeki – Anzalna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Anzalna Nasir berpendapat bahawa tidak semua lelaki yang bergelar suami benar-benar memahami tanggungjawab mereka sebagai ketua keluarga.

Menurut Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 37, tanggungjawab menyediakan nafkah bukan sekadar tuntutan, malah menjadi jalan memperoleh keberkatan hidup.

“Impian setiap isteri adalah untuk memiliki suami yang mampu menyediakan keperluan. Tapi, bukan semua lelaki faham amanah ini.

“Sebagai isteri, kita perlu ingatkan mereka dengan baik. Jangan sampai mereka jatuh ke dalam dosa.

“Bila suami berkorban untuk keluarga, Allah akan buka lebih banyak pintu rezeki,” ujarnya menerusi perkongsian di Thread pada Selasa.

Dalam masa sama, beliau mengajak para isteri memainkan peranan agar mendoakan urusan suami dipermudahkan dan rezeki keluarga terus mengalir.

“Tak kira gaji besar atau kecil, tanggungjawab tetap perlu dilunaskan. Doa isteri itu penting supaya suami terus dimurahkan rezeki,” tambahnya.

Terdahulu, Anzalna mencuri perhatian apabila suaminya, Hanif Zaki secara terbuka mengakui kos perbelanjaan isterinya boleh mencecah jumlah tinggi bergantung kepada bulan tertentu.

Pengakuan jujur itu mencetus reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang rata-rata kagum dengan keikhlasan dan keserasian pasangan tersebut.

Pasangan itu turut digelar ‘masuk air’ kerana sering mengusik antara satu sama lain, sekali gus mencerminkan hubungan rumah tangga yang harmoni dan saling memahami. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN