SEREMBAN: Bekas pembantu guru tahfiz diperintah menjalani program khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh 12 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun pada 2024. Hakim Mahkamah Sesyen. N. Kanageswari menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Muhammad Khalid Ahmar Zainal Abidin, 19, selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh dan hujahan pihak pendakwaan serta pembelaan. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang merupakan pesalah muda dikenakan bon berkelakuan…