PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-92 kepada seluruh warga pasukan keselamatan negara itu. Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan semua pegawai serta anggota ATM yang sentiasa komited mempertahankan kedaulatan negara. “Sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Seri Paduka turut mendoakan agar seluruh warga ATM sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan semangat juang yang tinggi dalam…