PETALING JAYA: Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Parit, Meor Naqiuddin Shamsudin menafikan beliau mempunyai agenda peribadi selepas mengkritik perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hujung minggu lalu. Meor Naqiuddin berkata, kenyataan Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid yang menuduhnya membawa agenda tertentu adalah tidak berasas dan hanya mengundang salah faham dalam kalangan ahli. Meor Naqiuddin turut mempersoalkan sama ada Harris Idaham benar-benar meneliti atau…