Ada individu ditahan babit kartel tender bekal diesel di Sarawak 

Ada individu ditahan babit kartel tender bekal diesel di Sarawak 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kartel tender serta membekal diesel dengan cara yang mencurigakan di Sarawak sudah dikenal pasti susulan terdapat individu sudah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, maklumat lanjut kes ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Terdapat satu kes penyeludupan diesel di Sibu dan sudah ada tangkapan, tetapi saya tidak boleh dedahkan jumlahnya. 

“Saya embargo terlebih dulu sebab saya akan buat sidang akhbar dalam masa terdekat. Biar siasatan dan tindakan dijalankan oleh pegawai kami dulu,” katanya  dalam sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA), di Wisma Ungku A Aziz, di sini, hari ini.

Azam berkata, SPRM akan mendedahkan apa sahaja yang diperoleh daripada tindakan berkenaan.

Media sebelum ini  melaporkan kegiatan sebuah syarikat menjadi kartel dalam perniagaan pembekalan bahan api ke seluruh negeri Sarawak dipercayai  menyebabkan kerugian puluhan jutaan ringgit.

Rangkaian sindiket dipercayai membayar wang rasuah kepada ‘orang dalam’ sebagai balasan untuk memperolehi kontrak atau tender pembekalan minyak diesel di sekitar negeri terbabit.

Hasil daripada pemberian rasuah itu, sindiket ini berjaya memperolehi tender serta kontrak pembekalan diesel komersial kepada kepada salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri.

Sindiket dipercayai memonopoli tender ini sejak 10 tahun lalu sehinggalah kini. 

Mereka berjaya memenangi tender kerana menawarkan harga minyak diesel yang rendah berbanding petender-petender syarikat pengeluar minyak besar yang lain.

Selain itu, bekalan minyak diesel untuk dibekalkan kepada kerajaan negeri ini juga dipercayai akan diseludup serta diseleweng kepada kapal luar persisir (offshore). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN