Ada berita baik Belanjawan 2026 - KSN

Ada berita baik Belanjawan 2026 – KSN

SHAMSUL Azri Abu Bakar ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2025 di Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada bulan depan bakal membawa berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberikan bayangan itu, namun tidak mendedahkan butiran lanjut ketika ditanya mengenai antara intipati yang terkandung dalam belanjawan tersebut.

“Belanjawan mesti ada berita baik, tapi rahsia lah tak boleh (beritahu). Yakin lah memang ada berita baik untuk penjawat awam (dan) rakyat Malaysia.

“Kerajaan Madani adalah kerajaan yang baik dan prihatin kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-4 Tahun 2025 di sini hari ini.

Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober depan akan terus menelusuri tiga tonggak Ekonomi Madani iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, meningkatkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu pembaharuan, terutamanya tatakelola yang baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN