PETALING JAYA: Seramai 78,883 calon lepasan Matrikulasi, STPM, Asasi, STAM serta Diploma dan setaraf ditawarkan tempat pengajian di Universiti Awam (UA) bagi sesi kemasukan Ijazah Sarjana Muda tahun ini. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, jumlah itu bersamaan 71.80 peratus daripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima melalui sistem UPUOnline. “Sebanyak 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda ditawarkan pada sesi kemasukan kali ini. “Kemasukan pelajar dibuat berdasarkan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua…