PETALING JAYA : Kira-kira 560 unit kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi tinggi akan dipasang di 18 fasiliti lokap berpusat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di seluruh negara. Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pemasangan itu bertujuan meningkatkan ketelusan pengoperasian, mencegah insiden yang tidak diingini, meminimumkan kesilapan manusia (human error), serta mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) untuk pengawasan yang lebih cekap. Katanya, pemasangan ini selaras dengan piawaian yang ditetapkan…