Pemasangan CCTV di sekolah capai 75 peratus

Pemasangan CCTV di sekolah capai 75 peratus

WONG KAH WOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 149 daripada 200 sekolah asrama terpilih iaitu bersamaan 75 peratus daripadanya telah siap dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memperkukuh aspek keselamatan dan pemantauan pelajar.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pemasangan sistem itu melibatkan kawasan strategik seperti laluan utama asrama, dewan makan, kawasan persekitaran sekolah, serta blok asrama terpencil.

Katanya, tiada pemasangan dilakukan di kawasan sensitif seperti tandas dan bilik persalinan bagi memastikan privasi serta maruah pelajar sentiasa terpelihara.

“Proses pemasangan bermula pada 13 Oktober dan baki sekolah yang belum dilengkapi sistem tersebut dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif keselamatan asrama yang diumumkan pada September lalu dengan peruntukan RM3 juta disalurkan untuk fasa pertama melibatkan 200 buah sekolah,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) berhubung pelaksanaan pemasangan CCTV di sekolah bagi mengelakkan kes buli.

Dalam pada itu, ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung peruntukan pemasangan CCTV, Kah Woh berkata, peruntukan disalurkan kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bergantung kepada kategori institusi dan keperluan pelaksanaan masing-masing.

“Harga siling RM15,000 bagi setiap set CCTV yang dipasang di sekolah-sekolah asrama terpilih di seluruh negara.

“Langkah itu menjadikan jumlah keseluruhan perbelanjaan sebanyak RM3 juta bagi fasa pertama pemasangan sistem CCTV di 200 buah sekolah,” katanya.

Kah Woh berkata, bagi sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sebanyak 32 buah menerima peruntukan secara terus dan telah melantik 32 pembekal bagi tujuan tersebut.

Katanya, bagi sekolah berasrama penuh (SBP) pula, sebanyak 28 sekolah terlibat dengan 26 pembekal telah dilantik.

Di Sarawak, katanya, terdapat beberapa pembekal yang dilantik berulang disebabkan faktor logistik dan jarak lokasi yang luas bagi memastikan kerja pemasangan dapat diselesaikan mengikut jadual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN