KLUANG: Kira-kira 5,000 orang menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Johor di Kluang hari ini. Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menyertai perarakan yang bermula pada pukul 8 pagi itu. Turut berangkat Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim. Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan barisan Exco Kerajaan negeri Johor. Perarakan itu juga…










