37 akaun bernilai RM 17.5 juta dibekukan babit kes pegawai DBKL

37 akaun bernilai RM 17.5 juta dibekukan babit kes pegawai DBKL

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 37 akaun membabitkan nilai lebih RM17.5 juta dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan penahanan empat individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berpangkat Jusa B.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pembekuan itu membabitkan 11 akaun peribadi, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham.

“Selain itu, wang tunai turut disita termasuk lebih RM1,1 juta, Euro 12,300, Pound Sterling 9,920 dan Singapura Dollar (SGD) 24,280, dua kereta mewah bernilai RM650,000, serta beg tangan dan kasut berjenama mewah bernilai RM100,000.

“Setakat ini seramai 16 orang sudah dirakam percakapan termasuk pegawai dan tiga yang ditahan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.

Azam berkata, siasatan mendapati pegawai kanan berkenaan disyaki menerima dan menjual hartanya kepada pihak ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan ataupun projek dengan DBKL.

“Sudah tentunya, dia mendapat habuan daripada penjualan aset berkenaan kepada pihak yang berkepentingan.

“Siasatan dilakukan membabitkan isu rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Tambahnya, siasatan telah dilengkapkan dan kertas siasatan akan dikemukakan dalam tempoh terdekat kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan.

“Terutamanya sekali pada suspek utama dan tiga lagi orang awam namun terserah kepada pihak TPR untuk membuat keputusan,” katanya.

Sebelum ini, melaporkan pegawai kanan DBKL berpangkat Jusa B antara yang ditahan SPRM.

Pada 27 Ogos lalu, dilaporkan siasatan SPRM turut diperluaskan kepada pembelian hartanah membabitkan pegawai kanan DBKL berkenaan yang mula direman sejak 26 Ogos lalu.

Pegawai terbabit merupakan antara pengarah tertinggi di bawah pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Sebahagian siasatan kini memberi tumpuan kepada pembelian hartanah, khususnya sebuah kondominium yang dikaitkan dengan pegawai berkenaan.

Difahamkan, kegiatan rasuah itu dipercayai berlaku sejak 2014 dengan syarikat terbabit disyaki memberi suapan kepada pegawai DBKL tersebut bagi mendapatkan projek di agensi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN