ALOR GAJAH: Sebanyak 335 kenderaan perdagangan dikenakan tindakan sepanjang Operasi Khas Gempur Kenderaan Perdagangan yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka dari 1 hingga 9 September lalu. Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, tindakan diambil melibatkan 150 kenderaan barangan bawah 7,500 kilogram, 168 kenderaan barangan melebihi 7,500 kilogram, lapan bas ekspres, lapan bas persiaran dan sebuah e-hailing. “Operasi ini melibatkan pemeriksaan terhadap 13,116 kenderaan termasuk 2,034 kenderaan barangan,…










