PORT DICKSON: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan cedera dirempuh bot pancung yang disyaki membawa sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran sempadan perairan Negeri Sembilan, di sini, malam tadi. Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria berkata, kejadian itu berlaku dalam satu aksi kejar mengejar antara pihaknya serta bot pancung berkenaan. Katanya, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut telah…