PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewujudkan dasar khusus bagi memastikan pengikrar derma organ dapat merealisasikan hasrat mereka, berikutan hampir 90 peratus keluarga enggan memberi izin bagi proses pendermaan selepas pengikrar meninggal dunia. Timbalan Pengarah (Pengoperasian Klinikal) NTRC, Dr. Hasdy Haron berkata, antara penyebab kadar pendermaan organ masih rendah di Malaysia ialah tidak mendapat kebenaran waris ataupun penolakan waris mengizinkan pendermaan organ dilakukan. “Mereka (penderma )perlu berbincang bersama ahli keluarga kerana selepas…