Warga emas maut digilis kenderaan berat atas jambatan

Warga emas maut digilis kenderaan berat atas jambatan

SEORANG warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum digilis pula oleh sebuah kenderaan berat di atas Jambatan Pulau Pinang, petang tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum digilis pula oleh kenderaan berat di Kilometer 4.8, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa yang berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikalnya dari arah George Town menuju ke arah Butterworth.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa bagaimanapun dipercayai telah bergesel dengan sebuah kenderaan lain sebelum terjatuh ke atas jalan dan digilis pula oleh sebuah kenderaan berat yang kebetulan berada di situ.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingg menyebabkan kematian,” katanya.

Tambah Helmi, orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai rakaman ‘dashcam’ diminta supaya menghubungi Inspektor S. Saravanan di talian 016-4525105 atau hadir ke mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN