TAWAU: Seorang wanita yang kritikal selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4X4) ketika sedang berlari di Batu 9 Jalan Apas pada 9 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, mangsa dikenali sebagai Darna Tajudin, 43, meninggal dunia di Hospital Tawau pada pukul 8.37 pagi. “Buat masa ini, polis masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya…