KUALA LUMPUR: Reformasi institusi serta undang-undang perlu dikaji secara menyeluruh dan bukan semata-mata berdasarkan keputusan mahkamah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan perlu meneliti dan membuat pertimbangan sewajarnya dalam usaha mencari keseimbangan antara kebebasan individu dengan prinsip asas negara, demi memastikan reformasi institusi tidak menjejaskan keharmonian. “Reformasi institusi harus dikaji bersama dan ia bukan keputusan mahkamah sahaja. Mahkamah memberi pandangan, kita akan menelitinya dan jika selari dengan agenda…