Titah Adendum: Beri keadilan kepada Najib

Titah Adendum: Beri keadilan kepada Najib

MOHD. SHARIZAL Semsuddin ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/AIDIEL ZABIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemuda UMNO menegaskan pihaknya tidak mengharapkan campur tangan kerajaan dalam usaha membebaskan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya hanya menuntut keadilan diberikan seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Machang, Mohd. Sharizal Semsuddin berkata, pihaknya berharap mahkamah membuat keputusan berdasarkan fakta dan kebenaran, tanpa sebarang pengaruh daripada pihak eksekutif.

“Kita tidak mengharapkan campur tangan kerajaan. Cukup beri keadilannya sewajarnya, seperti mana perintah yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

“Harap keputusan pada hari ini jelas dan ternyata kebenarannya,” katanya ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Sharizal, sejak pukul 7 pagi, kira-kira 200 penyokong mula membanjiri pekarangan Istana Kehakiman termasuk ahli UMNO dari pelbagai cawangan dan negeri bagi memberikan sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, rayuan Peguam Negara untuk menghalang Najib dalam semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum akan diputuskan Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zabariah Mohd. Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah.

Panel tersebut akan memutuskan sama ada mengekalkan atau mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan.

Sekiranya rayuan ditolak, prosiding semakan kehakiman itu akan diteruskan di Mahkamah Tinggi mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN