Tiga kedai tekstil Jalan TAR guna alat sukat tidak ditentusahkan

Tiga kedai tekstil Jalan TAR guna alat sukat tidak ditentusahkan

Tiga kedai tekstil Jalan TAR guna alat sukat tidak ditentusahkan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga buah kedai tekstil terkenal di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini dikompaun selepas dikesan menggunakan alat sukat liner tidak ditentusahkan.  

Dalam operasi kira-kira pukul 12 tengah hari itu, ketiga-tiga premis berkenaan dikesan melakukan kesalahan itu dalam Op Pematuhan Undang-Undang di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengarah KPDN Kuala Lumpur, Mohd. Sabri Seman berkata, pihaknya turut mengeluarkan empat kompaun berkaitan harga hasil pemeriksaan di sekitar kawasan berkenaan. 

 “Kami mengeluarkan tujuh kompaun mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] serta Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71] membabitkan keseluruhan kompaun RM7,000. 

“Kesemua peniaga berkenaan masing-masing dikesan melakukan kesalahan tidak mempamerkan penandaan harga bagi barang jualan serta menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak ditentusahkan.

“Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat peniaga yang menggunakan alat sukat liner atau kayu pengukur yang tidak ditentusahkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Menurutnya, kesalahan itu menyalahi undang-undang sedia ada dan pengguna juga perlu cakna dan peka dengan hak mereka. 

Beliau berkata, ada dua elemen menentukan alat sukat liner itu ditentusahkan iaitu ia mesti kayu dan kedua-dua hujung kayu pengukur itu mesti mempunyai logam serta mempunyai label pensijilan yang sah daripada ejen KPDN. 

 “Pengguna yang membeli kain potong (kain ela), tengok dan semak pembaris sukat itu adakah ia sudah ditentu sah. Sekiranya tidak ada dua tindakan yang kami galakkan pengguna lakukan. 

 “Jangan membeli daripada premis itu supaya tidak menyokong sebarang salah laku yang dilakukan oleh peniaga dan laporkan ia kepada pihak KPDN,”katanya. 

Menurutnya, operasi itu membabitkan pemeriksaan kedai runcit, fabrik dan restoran di kawasan berkenaan yang juga kawasan tumpuan utama pembeli, pelancong dalam dan luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×