Tiga beradik ditahan guna kad ATM orang lain

Tiga beradik ditahan guna kad ATM orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Tiga adik-beradik wanita ditahan polis selepas disyaki menyalahgunakan kad bank milik orang lain untuk membuat pembayaran tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, ketiga-tiga suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu selepas siasatan awal mengaitkan mereka dengan beberapa transaksi mencurigakan.

“Siasatan mendapati suspek telah beberapa kali menggunakan kad debit ATM milik mangsa untuk membeli barangan keperluan peribadi di beberapa pusat membeli-belah sekitar daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes terbongkar selepas mangsa, seorang wanita berusia 50-an menyedari kad ATM miliknya hilang dan membuat laporan polis di IPD Lahad Datu.

Menurutnya, hasil semakan dengan pihak bank mendapati terdapat beberapa transaksi tidak dikenali telah dilakukan menggunakan kad tersebut tanpa kebenaran.

Katanya, ketiga-tiga suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut manakala kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN