Subsidi telur ayam distruktur semula bermula hari ini

Subsidi telur ayam distruktur semula bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan melaksana langkah penstrukturan semula subsidi telur ayam bermula hari ini sebagai sebahagian daripada pendekatan penyasaran subsidi secara berfasa secara lebih lestari dan berimpak tinggi.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usa­ha kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan subsidi di mana penjimatan dijana akan disalurkan semula kepada program ke­sejahteraan rakyat.

“Sebagai inisiatif segera untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kestabilan harga telur ayam, pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan Telur Gred Khas yang ditawarkan pada harga lebih berpatutan.

“Rakyat juga boleh mendapatkan telur ayam dengan harga kompetitif melalui program Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah.

“Program jualan itu dilaksanakan secara meluas di seluruh negara termasuk di premis jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” katanya semalam.

Jelas kenyataan itu, kerajaan juga sentiasa komited memastikan rakyat memperoleh akses kepada bekalan makanan asas yang mencukupi dan berkualiti.

“Keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira keyakinan keupayaan pihak industri dalam memastikan pengeluaran telur ayam yang stabil dan mencukupi.

“Kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion bagi menampung subsidi ayam antara Februari 2022 hingga Disember 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN