Sombr hadiahkan ‘I Barely Know Her’ buat peminat - Utusan Malaysia

Sombr hadiahkan ‘I Barely Know Her’ buat peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fenomena alt-pop global, Sombr bakal melancarkan album yang berjudul I Barely Know Her menerusi Warner Record.

Album debut penyanyi yang berusia 20 tahun itu dijangka akan melonjakkan namanya ke status ‘superstardom’ selepas meraih pelbagai kejayaan luar biasa sepanjang 2025.

Lebih menarik lagi, album tersebut ditulis sepenuhnya oleh sombr dan diterbitkan bersama penerbit legenda yang disegani, Tony Berg (Phoebe Bridgers, Boy Genius, The Replacements, Aimee Mann, Michael Penn).

Malah, I Barely Know Her akan dilancarkan sebelum konsert jelajah Amerika Utara sombr bermula dan boleh dipra-simpan di pelantar penstriman utama.

Kejayaan Sombr atau Shane mila mendapat perhatia global selepas dirinya muncul menerusi lagu Caroline yang mencatat lebih sejuta strim pada minggu pertama dan kini melepask 38 juta strim di Spotify.

Sombr yang turut melancarkan lagu terbaharunya, 12 to 12 berkata, dia mahu menghasilkan karya-karya yang mampu memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Rasa seronok bila dengar suara sendiri semakin berkembang. Belajar nyanyian klasik mengajar saya cara mendapatkan apa jua bunyi yang saya mahukan.

“Dan dapat berhubung dengan orang lain menggunakan alat magis ini adalah sesuatu yang mendorong dan memberi saya semangat. Saya menghasilkan seni yang saya rasa magis, dan ia akan menemui jalannya tidak kira apa pun.

“Saya benar-benar mencintai seni dan selagi saya dapat menggunakan apa sahaja yang ada dalam diri saya untuk mencipta sesuatu yang memberi inspirasi kepada lebih ramai orang, saya gembira atau sekurang-kurangnya tidak terlalu ‘somber’,” katanya.

Karya-karya lain yang turut mendapat sambutan termasuk Willow, Would’ve Been You (45 juta strim) dan Do I Ever Cross Your Mind (13 juta strim).

Tidak terhenti di situ, kejayaan penyanyi itu terus diangkat ke titik tertinggi selepas dipilih dalam senarai berprestij Billboard 21 Under 21, yang mengiktiraf artis muda paling berpengaruh dalam membentuk masa depan industri muzik.

Senarai ini menonjolkan kehadiran sombr di peringkat global, keupayaannya menyentuh hati peminat melalui penulisan lagu yang penuh emosi, serta kejayaan strim yang mengagumkan untuk pelbagai lagu yang diluncurkan.

Mengukuhkan lagi momentum tersebut, sombr turut menerima pencalonan di MTV Video Music Awards 2025 (Artis Baharu Terbaik & Video Alternatif Terbaik), satu pencapaian yang meletakkannya sebaris dengan bakat muda paling disebut-sebut tahun ini.

Pencalonan ini turut mengesahkan kedudukannya sebagai antara pengaruh baharu dalam landskap muzik pop dan indie global.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN