KUALA LUMPUR: Polis mendapatkan bantuan daripada agensi berkaitan bagi mengesan individu warga asing dipercayai pemilik nombor telefon yang menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya percaya individu terbabit dapat dikesan secepat mungkin. “Kita masih lagi memohon bantuan daripada pihak-pihak rakan (agensi berkaitan) dan saya percaya kita akan cuba dapat secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas…