Siasatan serangan anak Rafizi tidak boleh disahkan secara terbuka

Siasatan serangan anak Rafizi tidak boleh disahkan secara terbuka

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai serangan membabitkan anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak boleh disahkan secara terbuka kerana dibimbangi menganggu proses mengesan suspek.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengesahan secara terbuka di Dewan Rakyat seperti diminta oleh Rafizi tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri akan menganggu proses mengesan suspen.

Malah, kata beliau, tindakan itu juga dibimbangi akan menjejaskan keselamatan saksi-saksi penting berhubung serangan ke atas anak bekas Timbalan Presiden PKR itu.

“Justeru, permintaan tersebut tidak dapat dilaksanakan. Pihak kementerian memberi jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan tanpa kompromi.

“Sebarang perkembangan lanjut yang boleh didedahkan kepada umum tanpa menjejaskan siasatan akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi Kementerian Dalam Negeri atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelak,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian selepas Rafizi (PH-Pandan) menyoal sama ada Saifuddin akan mengesahkan secara terbuka beberapa maklumat yang disampaikan secara peribadi kepadanya pada 1 Disember lalu.

Maklumat itu dikatakan berhubung berhubung hasil siasatan pihak berkuasa mengenai dalang di sebalik serangan ke atas anak Rafizi yang berlaku pada 13 Ogos lalu.

Rafizi Ramli mendedahkan, anak dan isterinya diserang oleh dua orang lelaki bermotosikal ketika meninggalkan sebuah pusat beli-belah di sini.

Menurutnya, kejadian yang berlaku sekitar pukul 1.45 petang, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anaknya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.

Katanya, semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya yang pada hematnya telah merancang serangan itu lebih awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN