JOHOR BAHRU: Semangat patriotisme yang menebal dalam diri Awang Sebawi Awg Halil mendorongnya menghiasi kediamannya di Desa Rahmat, Tampoi dengan kibaran 200 bendera pelbagai saiz sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Jurukamera sambilan itu berkata, inisiatif tersebut bermula secara kecil-kecilan kira-kira lima tahun lalu dengan hanya dua helai bendera, sebelum jumlahnya bertambah setiap tahun sehingga mencecah ratusan pada masa kini. “Saya pasang bendera ini bukan sahaja untuk menceriakan suasana sambutan…