Segera tubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia  - Utusan Malaysia

Segera tubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia 

PENUBUHAN Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) tidak boleh dilengahkan lagi untuk memastikan keselamatan di jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penubuhan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) tidak boleh dilengahkan lagi kerana kajian, pembentangan dan kertas kerja lengkap telah disediakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta pakar berkaitan sejak 11 tahun lalu.

Aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin berkata, pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook di Dewan Rakyat semalam bahawa kementeriannya sedang mempertimbangkan cadangan penubuhan MTSB adalah isyarat membimbangkan kerana ia menunjukkan seolah-olah tiada kesungguhan dalam agenda keselamatan jalan raya.

Katanya, Panel Semakan Syor (RRP) pada 2018 yang dibentuk selepas tragedi kemalangan di Genting Highlands dan dipengerusikan bersama oleh bekas Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye sudah menegaskan MTSB perlu menjadi agenda utama kementerian.

“Saya menggesa dan merayu kepada Menteri Pengangkutan serta Ketua Setiausaha Kementerian agar bersikap serius dalam menyelamatkan nyawa, bukan hanya bertindak selepas nahas besar berlaku. Mereka perlu proaktif dalam dasar dan perancangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan, Siew Fook memaklumkan cadangan penubuhan MTSB sebagai badan khas menyiasat kemalangan jalan raya akan dipertimbang semula susulan syor pasukan petugas khas yang ditubuhkan.

Ia bagi menyiasat kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan dan kemalangan bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN