JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM3,000, dua tahun lalu. Tertuduh, Samsul Sulaiman, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Tertuduh yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang didakwa secara rasuah meminta suapan daripada seorang wanita. Ia sebagai…










