KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) bagi Akta Pendanaan Politik masih dalam proses penelitian dan memerlukan persetujuan parti politik sebelum dibawa ke Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, proses itu mengambil masa kerana banyak RUU yang perlu dibentangkan setiap tahun. Katanya, proses itu juga memerlukan kata sepakat daripada setiap parti politik selain kerajaan yang masih mempunyai tempoh kira-kira dua setengah tahun…