Ratusan penyokong berkumpul beri sokongan kepada Akmal Saleh

Ratusan penyokong berkumpul beri sokongan kepada Akmal Saleh

DR. Muhamad Akmal Saleh (depan) mengangkat tangan ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam di Pulau Pinang, hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Ratusan penyokong berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam di sini pagi ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ada yang telah menunggu di pintu masuk kompleks mahkamah seawal pukul 7 pagi dan ada yang memakai baju putih sebagai tanda solidariti.

Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang bertulis ‘#No Fear, No Surrender’, ‘Solidariti Dr. Akmal Salleh’, ‘Jangan Mengalah Hidup Bermaruah’ dan sebagainya sambil melaungkan kata-kata semangat seperti ‘Hidup Pemuda’ dan berselawat.

Turut kelihatan ialah beberapa pemimpin politik seperti Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd. Hilmi Elias; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Said; Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem dan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Mohd. Nafizuddin Najib.

Muhamad Akmal yang akan dituduh di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.20 pagi dengan disambut oleh sorakan daripada kumpulan penyokong terbabit. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN