KUALA LUMPUR: Bilangan pegawai perubatan yang bersetuju menerima tawaran penempatan tetap di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) khususnya di Sabah dan Sarawak amat rendah berbanding jumlah kekosongan jawatan yang disediakan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, di Sarawak hanya tujuh pegawai perubatan memilih penempatan tetap manakala di Sabah hanya 15 orang walaupun hampir 1,000 jawatan tetap ditawarkan di kedua-dua negeri itu. “Kita mahu memastikan jawatan di Sabah dan Sarawak…