PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand hari ini bersama senjata api perang jenis M4 dan ratusan butir peluru dalam kereta yang dipandunya di Sadao, Songkhla,. Suspek berusia 46 tahun ditahan pada pukul 5.35 petang tadi ketika sekatan jalan raya yang dijalankan oleh anggota Balai Polis Daerah Sadao. Sumber berkata, sekatan jalan raya itu dijalankan sebagai sebahagian daripada operasi pencegahan jenayah penyeludupan dadah serta ancaman keselamatan. “Pemeriksaan ke…