PRN Sabah: Amanah ketengah calon boleh menang

PRN Sabah: Amanah ketengah calon boleh menang

MUHAMMAD FAIZ FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT:  Parti Amanah Negara (Amanah) hanya mengetengahkan calon yang benar-benar berwibawa dan berpotensi untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, senarai nama calon itu sedang dipertimbang dan dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi parti tersebut dalam masa terdekat.

“Amanah mempunyai ramai calon berpotensi. Namun saringan dilakukan bagi memastikan hanya calon  benar-benar berwibawa dan boleh menang diketengahkan. Menjadi harapan kita supaya kerusi yang ditandingi oleh Amanah pada PRN Sabah boleh menang, selain mahu mengekalkan kerajaan sekarang,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Gelombang Samudera Madani Kelantan di Pantai Sri Tujoh, di sini hari ini.

Muhammad Faiz berkata, Amanah dijangka bertanding sehingga lima kerusi namunjumlah sebenar masih dalam rundingan bersama rakan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan termasuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rundingan itu turut melibatkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN