TUMPAT: Parti Amanah Negara (Amanah) hanya mengetengahkan calon yang benar-benar berwibawa dan berpotensi untuk menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, senarai nama calon itu sedang dipertimbang dan dimuktamadkan oleh kepemimpinan tertinggi parti tersebut dalam masa terdekat. “Amanah mempunyai ramai calon berpotensi. Namun saringan dilakukan bagi memastikan hanya calon benar-benar berwibawa dan boleh menang diketengahkan. Menjadi harapan kita…